PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PORT DICKSON

KAMI WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PORT DICKSON DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan, mendapat pendidikan wajib dan juga mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahn baru dimulakan.

2. Membantu Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru mengikut perkiraan yang ditetapkan.

3. Membantu Jabatan Pendidikan untuk menempatkan guru-guru dan kakitangan sokongan ke sekolah-sekolah tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima bekalan dari Kementerian Pendidikan.

4. Memastikan semua permohonan dan tuntutan yang berkaitan kewangan diproses oleh Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dan dipanjangjkan ke Jabatan Pendidikan Negeri.

5. Membantu Jabatan Pendidikan Negeri untuk menguruskan pengisisn jawatan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Ketua Bidang dalam tempoh 3 bulan sebelum berlakunya kekosongan.

6. Memastikan setiap calon yang telah mendaftar dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.

7. Sentiasa memberikan layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.

8. Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan mesra.

9. Menentukan segala surat aduan dan rayuan diberi jawapan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan.

10. Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com