MOTO "Terbilang Dalam Kalangan Terbaik"
FALSAFAH "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
SLOGAN "Cekap,Mesra.Terbilang"
OBJEKTIF

Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson berhasrat melahirkan insan cemerlang yang berdaya tahan tinggi serta mampu menangani tuntutan-tuntutan ke arah pencapaian 2020, sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara. Pejabat Pendidikan Daerah Port Dicksin berharap dapat:

  1. Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
  2. Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celik sains dan teknologi.
  3. Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

 

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com