Sejarah Penubuhan PPDPD

Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson (PPDPD) mula beroperasi pada Jun 2003 iaitu dengan perlantikan Encik Abdullah Bin Mohammad sebagai Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson. Sebelum itu hanya wujud jawatan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah sejak tahun 1998. Penyandang pertama dari tahun 1998 -1999 ialah Tuan Haji Shaari Bin Awaluddin. Manakala Encik Abdullah Bin Mohammad memegang jawatan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah dari tahun 1999 - Mei 2003.

PPD Port Dickson telah ditubuhkan secara pentadbiran oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan direstui oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Perintis PPD Port Dickson terdiri daripada 7 orang diketuai oleh Encik Abdullah Bin Mohammad dan dibantu oleh Encik Abdul Rahman Bin Kechut (Penyelia Akademik), Encik Zukifle Bin Tamam (Penyelia Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan), Encik Mohd Yunus Bin Nordin (Penyelia Sektor Pengurusan Sekolah), Encik Anuar Bin Abu Bakar (Penyelia Sektor Pengurusan Akademik), Vennila a/p Veerappan (Penyelaras Pendidikan Pra Sekolah) dan Puan Rosmah Binti Kassim sebagai Pembantu Tadbir. PPD Port Dickson telah beroperasi di blok bangunan SK Kg Gelam yang dipinjam dan diubahsuaikan sebagai pejabat.

Pada Jun 2011 PPDPD telah berpindah secara rasmi ke bangunan pentadbiran baru yang bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Lukut.

SENARAI KETUA PEGAWAI PPD PORT DICKSON

1 - Encik Abdullah Bin Mohammad ( Jun 2003 hingga 28 Februari 2006 )

2 - Tuan Haji Abdul Hamid Bin Akob ( 01 March 2006 hingga 25 Februari 2007 )

3 - Puan Hajjah Kalsom Binti Khalid ( 01 March 2007 hingga 30 September 2007 )

4 - Tuan Mohammad Azwar I'qbal Bin Tahir ( 01 Oktober 2007 hingga sekarang )

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com